Digital Education Learning Initiative Malaysia (DELIMa) adalah pelantar pembelajaran digital rasmi Kementerian Pendidikan yang dibangunkan khusus untuk merevolusi pendidikan berteraskan teknologi AI.

Akses semua aplikasi pembelajaran kegemaran anda dalam satu platform yang mudah dan pantas.
DELIMa 3.0 merupakan pelantar pembelajaran digital rasmi Kementerian Pendidikan yang menghimpunkan aplikasi, bahan pembelajaran dan perkhidmatan pendidikan dalam satu platform.
Antara pembaharuan yang diperkenalkan ialah:
DELIMa 3.0 disediakan untuk seluruh ekosistem pendidikan Kementerian Pendidikan, termasuk:
Paparan dan fungsi akan disesuaikan secara automatik mengikut peranan pengguna.
Melalui DELIMa 3.0, pengguna boleh:
DETa (Digital Education Teaching and Learning Assistant) ialah pembantu pintar DELIMa yang membantu murid, guru dan warga pendidikan mendapatkan maklumat, cadangan pembelajaran serta sokongan penggunaan platform dengan lebih pantas.
DETa boleh membantu:
Laluan Pembelajaran membantu pengguna meneroka kandungan pembelajaran secara lebih tersusun berdasarkan keperluan dan tahap pembelajaran masing-masing.
Cadangan pembelajaran boleh merangkumi:
Portfolio Digital ialah ruang yang menghimpunkan rekod pembelajaran dan pencapaian pengguna sepanjang menggunakan DELIMa.
Portfolio ini membolehkan pengguna:
DELIMa akan merekod pencapaian pengguna secara automatik bagi aktiviti yang layak menerima pengiktirafan.
Antara bentuk pengiktirafan yang disediakan ialah:
Semua pengiktirafan ini boleh diakses melalui profil pengguna.
Pengguna hanya perlu log masuk menggunakan akaun DELIMa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan.
Selepas log masuk, paparan dan fungsi akan disesuaikan secara automatik mengikut peranan pengguna.
Ya. DELIMa 3.0 menggunakan mekanisme keselamatan dan pengesahan identiti yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan akses pengguna serta data pembelajaran sentiasa dilindungi.
Ya. DELIMa 3.0 terus menyediakan akses kepada aplikasi pembelajaran sedia ada sambil menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih moden, tersusun dan mudah melalui satu platform.